Kehidupan peribadi Oh_Ji-ho

Pada 9 Januari 2007, bekas teman wanita Oh, seorang pelayan wanita bar yang hanya dikenal dengan nama keluarga Lim, telah membunuh diri sejurus selepas mereka berpisah. Oh mengatakan bahawa meskipun dia menyintainya, Lim yang menamatkan hubungan dua tahun mereka kerana Lim tidak mahu menjadi batu penghalang karier Oh.[8] Tetapi keluarga dan rakan Lim bertegas bahawa Oh telah meninggalkan Lim pada 3 Januari, dengan serius melukakan hati Lim dan mendorongnya membunuh diri.[9] Sebuah program TV kemudiannya menemuramah saudara-mara Lim dan dengan keizinan mereka, masuk ke dalam bilik tidur Lim dan sebahagian barangan peribadi Oh diperlihatkan di depan kamera, seperti skrip filem dan gambar-gambarnya. Setelah rancangan itu ke udara, stesen TV itu dikritik keras oleh orang ramai kerana menjejaskan privasi orang yang terlibat.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Oh_Ji-ho http://www.allkpop.com/2011/05/baek-ji-young-revea... http://www.allkpop.com/article/2010/02/oh-ji-ho-si... http://baike.baidu.com/view/369289.htm http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2010/... http://www.imdb.com/name/nm0644885/ http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://view.koreaherald.com/kh/view.php?ud=2012081...